~Resepi~


Nasi Minyak Ayam Madu
Nasi Goreng Kampung
Nasi Lemak Sambal Telur
Nasi Goreng Udang
Sambal Ayam Pedas
Sambal Udang Sos Cili

Sayur Kuning Timun Dengan Udang

Bahan-Bahan
 - 1 biji timu
 - segengam udang
 - 2 sudu kecik serbuk kunyit (sy guna kunyit debu)
 - 4 ulasBawang merah  (di kisar)
 - 2 ulasBawang putih  (di kisar)
 - 3 biji Cili padi (kalau suka pedas) (di kisar)
 - 1 cawan Santan Kelapa
 - garam secukup rasa

Cara Memasak
1) Timun di belah dua dah potong ikot selera masing2
2) Masukan Santan ke dalam periuk..masukan timun .
3) Selepas itu masukan pula bawang merah, putih & cili padi yang dikisar dan kunyit debu kedalam periuk.
4) Kemudian last skali masukan udang.
5) Kacau supaya santan x pecah minyak..
6) masukan garan dan hidang kan.

- Selamat Mencuba - 



















Gulai Ayam Cara aku

Bahan-Bahan
 - 1/2 kilo ayam di potong kecik2
 - 4 biji Ubi kentang
 - 4 sudu besar Rempah Kari
 - 1/2 cawan Santan Kelapa
 - 4 biji cili api
 - Garam secukup rasa
 - 1 sudu kecil jintan manis
 - 4 ulas Bawang merah
 - 2 Ulas Bawang putih
 - Bunga lawang
 - Bunga cengkeh
 - kayu manis 
 - 2 cawan air

Bahan Kisar
 - Bawang merah
 - Bawang putih
 - Cili Padi

Cara Memasak
1) Ayam yang telah di basuh di masukkan  ke dalam periuk, Kemudian masukan semua bahan-bahan kisar tadi ke dalam periuk dan serbuk kari  setra di ikuti dengan ubi kentang yang sudah di potong.
2) Masukan air ke dalam periuk dan masak atas dapur.. dengan api yang sederhana.  masukkan pula kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang, dan jintan manis. Biarkan sekejap di atas dapur (tudung periuk ditutup)
3) Jagan lupa kacau  takot hangit ;)
4) Apabila Ayam dan sebati dengan rempah tadi baru lah kita masukkan  santan dan kacau.
5) tunggu sehingga gulai tersebut pecah minyak dan boleh lah di hidangkan.

Note : Aku tak guna minyak sb ayam tuh dah ade minyak..so aku tros campurkan semua bahan dah terus masak je..

- Selamat Mencuba-


Goreng Kacang Panjang

Bahan-Bahan
 - 1 ikat Kacang Panjang
 - 3 ulas bawang merah
 - 1 ulas bawang putih
 - 2 sudu besar sos tiram  
 - 1 sudu besar kicap 
 - 1 sudu besar minyak masak 
 - garam secukup rasa
 
Bahan hirisan
 - bawang merah
 - bawang putih
 - Kacang panjang

Cara Memasak
1)  Panas kan minyak dalam kuali
2)  Masukan bawang merah dan bawang putih yg telah di hiring tadi ..)
Goreng sampai ade bau)
3) Masukan kacang panjang  dan kacau.
4) Masukan sos tiram dan kicap ..serta masukan garam secukup rasa..kacau dan boleh lah di hidangkan

- Selamat Mencuba - 















Sambal Udang Sos Tiram

Bahan- Bahan
 - 2 ulas bawang Besar (Kisar + Hiris Halus)
 - 2 ulas bawang putih 
 - 15 ekor udang size besar
 - 3 biji cili api
 - 2 sudu besar susu
 - Garam secukup rasa
 - 2 sudu Sos Tiram 
 - Kicap Manis / Madu (Sy letak kedua2 nya)
 - Lada Kisar / Mesen (just gune sos tomato jek)

Bahan Kisar
 - 1 ulas bawang Besar
 - 2 ulas bawang putih 
 - 3 biji lada hidup
 
 Cara- Cara
 - Panas kan Kuali dan masukan minyak di ikuti dengan Udang...
 - Goreng udang lebih kurang 3 minit dan masukan lada kisar ..apabila lada dah masak masukan pula bahan-bahan kisar tadi..masak dengan api yg sederhana..
 - Kacau  dan masukan sos tiram, madu dan kicap serta secubit garam dan kacau lagi 
 - Akhir skali masukan bawang hirisan tadi..boleh lah dihidangkan ;)

- Selamat mencuba -
Sambal Tumis Telur 

 Bahan- Bahan
 - 4 ulas bawang merah
 - 2 ulas bawang putih 
 - secubit halia
 - 5 biji telur ( Rebus)
 - 3 sudu besar lada kisar
 - 1 sudu besar kicap
 - 1 sudu besar minyak masak
 - 2 biji cili api
 - garam secukup rasa

Bahan kisar
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih 
- secubit halia 

Cara- Cara
1) Panas kan Minyak..goreng telur yg telah dikupas kulitnya;(goreng sampai kuning serta asingkan)
2) Masukan lada kisar dan diikuti dengan bahan-bahan kisar tadi dan kicap, goreng sampai ada bau;
3)   Apabila bahan tadi sudah sebati..masukan pula telur yg sudah di goreng tadi; dan last skali masukan garam secukup rasa.

- Selamat mencuba -






















Sayur Lemak Taugeh

Bahan- Bahan
 - 1 ulas bawang Besar
 - 2 ulas bawang putih 
 - Sebiji Lobak Merah
 - 2 Gengam Taugeh
 - 3 biji lada hidup
 - Santan Kelapa
 - Garam secukup rasa

Bahan Hirisan
 - 1 ulas bawang Besar
 - 2 ulas bawang putih 
 - 3 biji lada hidup
 
 Cara- Cara
 - Masukan Santan ke dalam periuk ..dan panas kan dengan api yg perlahan..
 - Kacau santan dan masukan taugeh bersama lobak merah yang telah di potong ke     
   dalam periuk.
 - Masukan juga bawang dan cili hidup yang telah di hiris tadi.
 - Kacau sayur sehinga layu..masukan garam secukup rasa.

- Selamat Mencuba -