Thursday, May 31, 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2011








OPEN NOW!!

BISKUT MURAH MURAH MURAH!!!

Sample kuih raya PERCUMA untuk sesiapa yg berminat untuk  membeli @ dealers
(Zue Homemade Cookies)

Setiap Bekas Mengandungi:
- 50 biji biskut

- Guna buttercup
- Setiap satu disaluti Coklat penuh atas dan bawah & almond hancur diatas
- Rangup dan alhamdulillah selamat Ramai Kawan berpuas hati


Product Name: Almond London Perisa Chocolate
Price: RM 24/ botol
Quantity: 50 biji / botol

Product Name: Tart Nenas
Price: RM 24/ botol
Quantity: 50 biji / botol


Product Name: Almond Snow
Price: RM 24/ botol
Quantity: 50 biji / botol

Untuk Harga  dealers Boleh Di Kurangkan Sehingga:-
RM18.00 untuk 30 kotak ke atas..


A 50% deposit is required for confirmation for RM100 & above. Full payment required for below RM100.

Boleh hubungi 013-2600150 @ 012-6026730  utk sebarang pertanyaan/tempahan/yg ingin menjadi pengedar/dealers harga boleh di kurangkan.

Friday, May 11, 2012

KEK COKLAT MOIST (KUKUS) YANG MURAH

 


OPEN NOW MURAH MURAH !!!


Saya sedia menerima tempahan Kek Coklat Moist Kek yang beserta coklat yang lazat dan likat sememangnya kek yang Murah! Sedap! Segar! Halal! & Berkualiti!

Sesuai untuk jamuan seperti majlis hari jadi, pertunangan serta kenduri kahwin, akikah, jamuan di sekolah atau sebarang event.

Harga untuk Moist coklat kek :- 

Untuk Cup Size Dadih

-  Harga biasa                                      :           RM 1.30/pcs
-  Bagi 200/pcs ke atas                      :           RM 1.00/pcs 

Untuk Cup Size "L"
-  Harga biasa                                         :           RM 2.50/pcs
-  Bagi 200/pcs ke atas                        :           RM 1.80/pcs 

Untuk Bekas Petak size
-  Harga Biasa                                         :          RM 3.50/pcs 
-  Bagi 200/pcs ke atas                         :          RM2.80/pcs

Untuk 500g
 - Harga Biasa                                         :         RM15.00/pcs
 - Pembelian 10 Bekas Keatas             :         RM12.00/pcs 

Untuk 1kg
 - Harga biase                                        :          RM27.00/pcs
 - Pembelian 10 bekas keatas             :          RM23.00/pcs

* Moist cake Size Dadih - Max order 1000pcs
   (Hadiah 50 bj Apam dot , Valid 2016 only bagi Pembelian 1000pcs.

* Moist cake Size L dan Moist Cake Bekas Petak  - Max order 500pcs
* Moist Cake 500g Dan 1kg  - Max order 50 bekas

Penghantaran percuma sekitar PUNCAK ALAM, IJOK dan TASIK PUTERI serta ZOO NEGARA  (KL) untuk luar kawasan tersebut akan dikenakan bayaran penghantaran bergantung pada jarak.Tapi bagi yang boleh datang sendiri untuk mengambil boleh lah datang Ke Rumah saya di KOTA PUTERI:-

AREA TIADA CAS PENGHANTARAN:-
PUNCAK ALAM   - MCD PUNCAK ALAM @ ECONSAVE ALAM JAYA
IJOK    - SPEDMART 99 IJOK

KL- ZOO NEGARA (MENARA WESTSTAR) Hari Bekerja sahaja 
TASIK PUTERI - SEKOLAH MENENGAH

CAS PENGHANTARAN :- 
RM5.00 (Area :The Store - Sungai Buloh)
RM10.00 (Area : Kota Damansara, Damansara Damai, Selayang, Sri Damansara, Subang Bestari , giant shah alam, uitm puncak perdana)
RM20.00 (Area : Salak Tinggi, Putrajaya, Puchong, Zoo Negara (Hari Cuti))

kadar harga yang sangat berpatutan berbanding harga pasaran serta kualiti yang bagus. 


Sesuai untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir untuk majlis perkahwinan sebagai cenderahati istimewa daripada keluarga pengantin.

Bagi Pembelian 500 - 1000pcs hendaklah membuat tempahan awal  1 bulan atau 2 bulan awal, Manakala quantity bawah 200 bolehlah buat antara dua minggu awal . bertujuan mengelak sebarang kesulitan dan pertindihan order.

Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh penghantaran


Boleh wassup/call/sms saya di no 013-3504 048 (zue) @ 012-6026730 (Nazim) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. weststar44@yahoo.com atau msg di my blog http://dapurzue.blogspot.com/ @ www.zuedelight.com.my 

Tuesday, May 1, 2012

~RESEPI KUIH & KEK~

Buah Melaka


Bahan-Bahan (5-6 orang)


500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya 

5 helai daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil)
Kelapa parut



Cara-cara

  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan yg telah dimesen (Perah Ambil airnye) .
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan. 
Karipap Sardin   


Bahan-Bahan
250 ml air
½ sd besar garam
500 g tepung gandum - diayak
1 biji telur
94 g marjerin
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai 

 
Cara membuat doh:
1. Campurkan air bersama garam , kacau hingga garam larut. Ketepikan.

2. Masukkan tepung dalam mangkuk. Gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti.
3. Panaskan  marjerin   atas api kecil hingga bebuih dan tuang  atas tepung tadi.
4. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air  bergaram dan gaul hingga jadi doh. . Rehatkan 1 jam

5. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan mengikut kesesuaian acuan karipap anda. Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
6. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
7. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan



Bahan-bahan untuk inti:
3 biji bawang besar - potong dadu
1 inci halia - diketuk
3 biji bawang putih - dihiris nipis
1 tin sardin/mackerel - saiz sederhana
3 biji kentang saiz sederhana - potong dadu
1 cawan air
1 keping asam keping
2-3 biji cili padi - dipotong halus
1-2 sudu besar cili kisar
Gula & garam secukup rasa


Cara-Cara
1. Tumis bawang, halia dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sardin & kentang. Hancurkan sardin. Masak hingga lembut.
3. Masukkan air, asam keping, cili padi, cili kisar, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga betul-betul kering sambil dibalik-balikkan. Jangan biar sampai hangit.
4. Setelah benar-benar masak & kering, tutup api & toskan untuk buang minyak.
5. Biar sejuk sebelum guna.
 
Biskut Dahlia (Resepi by Mumy)


Bahan-bahannya:
250 g mentega
125 g gula kastor - mummy tak suka manis
250g tepung *
125 g tepung kastad *
125 g tepung jagung *
3 biji kuning telur(saiz B)
1 camt esen vanila
secubit garam
ceri/sebarang hiasan yang korang suka......


Cara membuatnya:
1. Ayak bahan bertanda (*)
2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang,
3. Masukkan kuning telur dan vanila dan putar  lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.
5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.
  
Resepi Rainbow Kek


Nasi Himpit

Bahan-Bahan:
- Ketupat Adabi yg segera dlm 10 biji camtuh (Di rebus lebih kurang 1 jam)


Bahan-bahan untuk Kuah Kacang
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa


Cara - cara 

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. 
(tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit 
 8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala


 
Roti Sosej (Percubaan Pertama Buat Roti)



Bahan-bahan:
Bahan A :
500 gm tepung tinggi protien
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 peket yis (11 grm)
1 sudu kecil pelembut roti
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :
250 ml air
80 grm butter

Bahan C :
Sosej
Butter

Cheese slice


CARA MEMASAK :
-Masukkan semua bahan A dalam bekas yang sesuai dan digaul rata.
-Masukkan air dan digaul rata dan sebati semua bahan-bahan ini dan kemudian masukkan butter pula dan gaul dan uli selama 10 minit sehingga adunan sebati.
-Bahagikan adunan kepada 60 gm setiap satu dan buatkan menjadi bulat dan ketepikan.
-Ambil setiap adunan tapi dan gelekkan sehingga menjadi panjang macam keropok lekor dan lilitkan pada sekeliling sosej.
-Perap sehingga roti naik sekali ganda saiznya. Sapukan kuning telur diatas bun dan letakkan cheese slice serta sedikit serbu parsley.
-Bakar dalam suhu 180' celcius atau sehingga kuning keemasan.
- Keluarkan dan sapukans edikit butter diatas roti ni supaya berkilat dan menarik